"NikMatiLah KeHiduPan InI SeLaGi KiTa DiBeRi PeLuAnG UnTuk MeNikMaTinYa... TeTapI, JanGan SeSeKali KiTa LeKa DenGan KeNikMaTaN Itu..." ~Coretan by Lily Balqis

~ menulis sekadar untuk suka-suka.. nasihat dan panduan untuk diri sendiri, jangan sesekali disalah erti.. ~

Wednesday, November 9, 2011

BuDaK ItU MeMaNg SeNgaL....

hello... Salam 1 Malaysia.... (^_^)
Tetiba pagi-pagi ni teringat 1 story yang aku nak share kt post kali ini....
Ceritanya bermula macam ni........
 Masa tu aku dalam perjalanan pulang untuk bercuti semester... Masa semester pertama n kedua aku tercampak nun di utara sana (UiTM,Sg.Petani)... Masa tu my mum n my dad yang bersusah payah datang dari Johor, untuk ambil aku kt sana... 
Nak dijadikan cerita, masa dalam perjalan balik aku n my parents berhenti lunch kat sebuah gerai, tapi aku x berapa pasti kt area mana, coz benda ni jadi sudah terlalu lama kot... Bayangkanlah, berapa lama dari aku anak dara hingga sekarang aku dah ada family sendiri... hehehehe.... Masa aku n my mum nak pilih lauk pauk yang pelbagai hingga aku jadi rambang mata.... tetiba hati ni teringin nak amik (lidah Johor dari perkataan 'ambil') satu jenis sayur goreng ni, coz aku xpernah nampak pun sayur itu... Dengan perasaan yang excited nk mencuba sayur yang menyelerakan tu, aku pun menyedok guna sudu.... tetapi, hampa sungguh hampa... sayur yang aku nak amik tu dah basi kerana dah berlendir.... Kecewa dan teramat kecewa... Dalam hati dah mula menyumpah seranah owner gerai tu blablablabla.... Tapi aku x bisinglah kat owner gerai tu depan-depan dia... Dengan hati yang hampa aku pun cari lauk yang lain.... 
Tetiba aku ternampak my mum nak amik sayur yang aku nak amik tadi.... aku pun... "Mak jangan amik sayur tu!"... my mum pun terperanjat gak, naper plak aku tak bagi amik lauk sayur tu.... Aku pun berbisik pada my mum "Sayur dah basi, mak nampak x dia dah berlendir!" My mum pun dengan muka selamba berkata "haahkan, sayur ni dah berlendir, mesti basi".... Tapi yang menghairankan aku dia cedok gak sayur tu kat dalam pinggan dia.... Hairan-hairan, kenapalah mak aku ni amik gak sayur tu walaupun dah basi, sakit perut nanti siapa yang susah?.... huhuhuhu....
Ketika makan, dengan fikiran yang masih penuh dengan tanda tanya tentang sayur tadi.... my mum pun bersuara "Angah, sayur ni bukan basilah.... memanglah sayur ni berlendir, dah memang namanya kacang bendir mestilah berlendir... itu pun tak tau... apalah anak dara ni...." terdengar suara ketawa my mum n my dad.... "Ya Allah, yeker mak?... Manalah angah tahu sayur tu memang macam tu..... naper mak x cakap awal-awal....Mak pun x pernah masak sayur ni macam ni....  Adoiiii..." Malu beb...
Sekarang, bila dikenang-kenang balik story tu mesti buat aku nak ketawa guling-guling.... Terasa kesengalan aku waktu itu.... hahahahahaha.....


INILAH SAYUR BENDIR GORENG YANG AKU MAKSUDKAN BASI ITU.... SEKARANG IANYA MENJADI SALAH SATU SAYUR FEBERET AKU....SODAP.....  HIHIHI....


Dah SiNggaH SuDi-sUdiLer KoMeN, TaK PuN PaNdaNg JeK DaH CuKuP..

Friday, October 28, 2011

BuKaN HaNya SuRaTaN, TaPi SaTu PerJaLaNaN...

" Segala apa yang  terjadi dan berlaku itu sekalipun menimpakan penderitaannya padamu, ia pulalah yang akan merasakan kepadamu kenikmatan.... Berhati-hatilah, jangan sampai kita berputus asa dan merasa kecewa..... "


Ya Allah, aku sentiasa memohon kepada-Mu agar aku sentiasa beri kekuatan dan ketabahan dalam menempuhi segala dugaan dan cabaran dalam hidup... Sekuat mana pun hati ini, kekadang rapuh dan timbul rasa kekecewaan dalam diri... Tapi aku tetap berusaha agar kekecewaan itu menghimpit diri ini dan sesekali tidak akan berputus asa, kerana aku tahu sesungguhnya, tiada satu pun kesempitan melainkan sesudahnya datang kelapangan, dan tiada satu pun kesulitan melainkan sesudahnya ada kemuhan.... Itulah janji Allah dan ketentuan dari-Nya...


" Aku juga pasti seperti melihat malam ini, bila sempurna kegelapanya pasti akan datangnya pagi hari dengan cahayanya yang menyinari muka bumi serta seluruh alam maya yang  pernuh warna warni kehidupan ..."    



Dah SiNggaH SuDi-sUdiLer KoMeN, TaK PuN PaNdaNg JeK DaH CuKuP..

Saturday, October 22, 2011

KeK MaRbLe CoKLaT & ChEeSe..

Adunan coklat (A)

180g mentega
170g gula kaster
3 biji telur
20g serbuk koko
120g tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder

Adunan cheese (B)

250g cream cheese
60g gula kaster
1 biji telur
1 sudu teh essen vanilla

Cara-cara:-



1. Pukul mentega dan gula kaster sehingga kembang menggunakan mixer seperti ini ------->





2. Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan yang telah kembang tadi, dengan kelajuan yang sederhana...








3. Kemudian masukkan tepung yang telah di ayak bersama serbuk penaik (baking powder) tadi sedikit demi sedikit...  Masukkan juga serbuk koko dan gaul sehingga sebati...





4. Di sebuah bekas yang lain, pukul kesemua bahan adunan cheese (B) hingga kembang --->






5. Apabila kedua-dua adunan tadi sudah tersedia... Masukkan adunan coklat (A) berselang seli dengan
adunan cheese (B) kedalam loyang ataupun cup...


6. Perhatian : Loyang hendaklah disapukan majerin dan tepung terlebih dahulu untuk mengelakkan kek tersebut melekat pada loyang bila hendak dihidangkan...



7. Akhir sekali, bakar di dalam oven dengan suhu 160 deg C selama 60 mins ataupun boleh juga dikukus sehingga masak.

P/s :- Anak-anak buah dah xsabo nak potong kek, sampai terlupa nak candid gambor kek yg dh siap... :D


Dah SiNggaH SuDi-sUdiLer KoMeN, TaK PuN PaNdaNg JeK DaH CuKuP..

Wednesday, October 5, 2011

NeVer MaKe WomEn CrY....



Wahai Tuhan, mengapa wanita sering menangis?

Jawabnya:

Kerana wanita itu unik.




Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa,



Ku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,


Ku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,



Ku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,


Ku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,



Ku berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,


Ku kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,


Walau disakiti oleh “orang” yang dia sayangi..


Wanita makhluk kuat,




Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana Ku berikannya air mata untuk membasuh luka

batin dan memberi kekuatan baru.



“WANITA itu ISTIMEWA”

Dah SiNggaH SuDi-sUdiLer KoMeN, TaK PuN PaNdaNg JeK DaH CuKuP..

Monday, October 3, 2011

Di ManA LetAkNya aKaL & FiKiRan....

Kebelakangan ini, sering terbaca di mana mengenai pembuangan bayi, penderaan kanak-kanak dan macam-macam lagi... Paling membuat aku tersentak dan terkilan apabila, apabila menonton berita, apabila seorang perempuan yang telah melahirkan anak luar, dan bayi tersebut telah dicampak dari tingkat dua... Ya Allah, Apalah nk jadi manusia zaman sekarang... Di mana letaknya belas kasihan dan simpati dalam diri mereka... Sedih sangat melihat bayi-bayi yang dibuang sana dan sini, seolah-olah apa yang mereka buang itu adalah sebuah anak patung yang tidak bernyawa... Apalah dosa bayi itu diperlakukan begitu?? Apakah bayi tersebut yang mesti menanggung dosa atas perilaku sumbang ibu mereka??? Sampai hati dan tergamak sungguh manusia ini....

Kenapa mereka tergamat sangat melakukan demikian... Tidak pernahkah terfikir bahawa apa yang mereka lakukan satu dosa, dosa yang amat besar... Mana perginya otak dan akal fikiran mereka... Kalau benarlah mereka telah membuat satu kesilapan, mengapa mesti terus dan terus melakukan kesilapan... Kalau benar mereka rasa malu dengan keterlanjuran mereka, tapi tidak sedarkah apa yang telah mereka buat ini lebih memalukan dan amat tidak berperikemanusiaan.... Singkat sungguh pemikiran mereka... Itulah kalau hati sudah termakan hasutan Syaitan yang dilaknat, dengan mereka-mereka sekali dilaknat, mereka ini lebih hina dari binatang... Sedangkan haiwan yang tidak dikurniakan akal fikiran pun tahu erti kasih dan sayang pada anak.... Geramnya dengan apa yang mereka lakukan.... Aku menangis sendiri bila memikirkan dan melihat perkara ini....


Sedarlah, jika mereka tidak boleh menerima bayi itu, apakah salah kalau mereka memberi anak itu kepada pasangan suami isteri yang sudah lama mengingin cahaya mata tapi belum dikurniakannya... Tidak terfikirkah mereka, ramai sebenarnya orang yang mahu menjaga bayi yang mereka buang itu... Inilah fitrah alam, "tidak semestinya apa yang kita kehendaki itu kita akan dapat dan tidak semestinya apa yang kita dapat itu adalah apa yang kita kehendaki"...

Sayangilah bayi tersebut.... Sesungguhnya mereka tidak berdosa... Berhentilah dari terus-terusan melakukan pembuangan bayi ini.... Kasihanilah mereka.... Mereka juga berhak untuk hidup di muka bumi..... Wahai manusia insaflah....

Bayi ini sangat cukup sifatnya dan dan comel.... Tapi, sayang dia tidak sempat mengecapi dan menikmati keindahan dunia ini......

Di sinikah tempat selayaknya untuk bayi ini... Sungguh menyedihkan......

Adakah ini bayi atau anak patung?? Lihatlah manusia yang tidak berperasaan membuang bayi ini seperti anak patung.... Sungguh kejam.....

Inilah manusia yang paling kejam!!.... Tidak sanggup aku melihat dan memikirkannya..... Tak tertahan airmata ini mengalir....

P/S : Sekadar renungan kita bersama... Tidak terniat mengaibkan sesiapa.... 

Dah SiNggaH SuDi-sUdiLer KoMeN, TaK PuN PaNdaNg JeK DaH CuKuP..

Saturday, October 1, 2011

HiAsAn DaLaM PoNdOk BuRuk Ku.....

Semue hiasan dalam rumah ni adalah kreativiti saya mengkitar semula barang-barang lama yang dah x pakai dan juga barang yang saya nak buang tapi tak jadi nak buang..... actualy raya aritu dh nk buang dh sume barang-barang ni... tapi dengan sedikit kreativiti yang ada, saya dah tukar ianya jadi sesuatu yang sangat menarik.... Nasib baik x buang... hehehehe....

Jom, kita tengok apakah barang-barang itu??? JeNg,JeNg,JeNg!!!.....

TaDaHHHHHHHHHHHHHH!!! (poyo jek)




Ini adalah pasu bunga... memanglah pasu bunga kalau dah ada bunga dalam diakan? takkanlah pasu sayur plak.... hihihihih... sengal.... kalau korang nak tahu pasu ni saya buat sendiri dari kotak.... kemudian saya varnish... Cantik tak??? Orang semua ingat pasu tu pasu kayu....




Hiasan reben pada pasu ni, adalah reben langsir yang aku guna untuk langsir raya tahun lepas,,, oleh kerana masa aku nk gubah pasu ni masa malam raya 2, aku lupa nk beli accessoriesnya aku gunalah reben 2...  Begitu juga butterflies 2 lebih masa aku buat gubahan kahwin orang.... hehehehe... okeylah kan???




Cermin ni pulak aku cermin yang terbiar kat atas almari... Memang dh buruk giler kayunyer, ngan idea dan kretiviti yang bajet baik aku sampul guna kain.. kalau korang nak tahu kain 2 pada mulanya aku nak buat kepala langsir... tapi oleh kerana aku beli terkurang dan malas nak beli lagi... aku tak jadi buat.... daripada ianya terbuang aku pun manfaatkan kain 2..... JADILAH 2 benda ini.....




Meja ni pun mula dah nak lego gak... coz aku malas nk cari alas meja bulat 2... tapi.... inilah jadinya....




Pasu ini di buat dari kertas surat khabar lama... tapi ini bukan saya yang buat, ini hasil kerja tangan anak sedara saya.... Gubahan dalam pasu itu sahaja yang saya buat....

Okelah, itu sahaja yang dapat muatkan untuk entry saya kali ini... kalau ada masa dan entry yang menaik saya post lagi okey... Byeee......


Dah SiNggaH SuDi-sUdiLer KoMeN, TaK PuN PaNdaNg JeK DaH CuKuP..

Friday, September 30, 2011

LiHatLah Ke ArAh aWaN... JaNgaN mEliHaT Ke aRaH TaNah.....

      Jadilah seorang wanita sering mempunyai cita-cita yang tinggi, agar kita sentiasa berusaha untuk meningkatkan diri serta sentiasa bangkit meneruskan perjuangan hidup ini... Tetapi haruslah sentiasa berhati-hati dan beringat, jangan sampai kita terjebak atau terjerumus dalam sesuatu perkara yang boleh menjatuhkan dan menghinakan...

     Ketahuilah wahai wanita, perjalanan hidup kita tidaklah begitu lama, ianya hanya berapa detik sahaja... Rebutlah peluang yang ada selagi kita termampu, tetapi jangan kita sesekali melanggari batas-batas yang ada... Jadilah engkau seperti seekor semut yang sungguh tekun dalam segala usaha... Dan penuh dengan kesabaran... Sentiasalah cuba dan terus mencuba untuk mencapai semua impian.... Bertaubatlah jika engkau melakukan dosa dan kembalilah engkau kepada pintu taubat....

     Namun perkara yang paling penting adalah jangan kita merasa gagal dan kecewa... Kerana sesungguhnya sejarah tidak pernah mengenal kata-kata terakhir dan akal tidak pernah mengenal penghabisan sama sekali... Tetapi apa yang dikenal hanyalah pembaikan dan usaha yang berterusan... Dan ingatlah, sekali kita gagal dalam hidup atau jua yang kita pernah lakukan ianya tidak bermakna kita akan gagal selamanya... berusaha dan teruskanlah berusaha tanpa pernah kenal erti putus asa... 


    Ingatlah wahai WANITA.... berhati-hatilah dan jauhilah pengaruh pemikiran yang gagal dan tidak berdaya.... Dan juga jauhkan daripada pemikiran yang menyesatkan....


Dah SiNggaH SuDi-sUdiLer KoMeN, TaK PuN PaNdaNg JeK DaH CuKuP..