"NikMatiLah KeHiduPan InI SeLaGi KiTa DiBeRi PeLuAnG UnTuk MeNikMaTinYa... TeTapI, JanGan SeSeKali KiTa LeKa DenGan KeNikMaTaN Itu..." ~Coretan by Lily Balqis

~ menulis sekadar untuk suka-suka.. nasihat dan panduan untuk diri sendiri, jangan sesekali disalah erti.. ~

Friday, September 30, 2011

LiHatLah Ke ArAh aWaN... JaNgaN mEliHaT Ke aRaH TaNah.....

      Jadilah seorang wanita sering mempunyai cita-cita yang tinggi, agar kita sentiasa berusaha untuk meningkatkan diri serta sentiasa bangkit meneruskan perjuangan hidup ini... Tetapi haruslah sentiasa berhati-hati dan beringat, jangan sampai kita terjebak atau terjerumus dalam sesuatu perkara yang boleh menjatuhkan dan menghinakan...

     Ketahuilah wahai wanita, perjalanan hidup kita tidaklah begitu lama, ianya hanya berapa detik sahaja... Rebutlah peluang yang ada selagi kita termampu, tetapi jangan kita sesekali melanggari batas-batas yang ada... Jadilah engkau seperti seekor semut yang sungguh tekun dalam segala usaha... Dan penuh dengan kesabaran... Sentiasalah cuba dan terus mencuba untuk mencapai semua impian.... Bertaubatlah jika engkau melakukan dosa dan kembalilah engkau kepada pintu taubat....

     Namun perkara yang paling penting adalah jangan kita merasa gagal dan kecewa... Kerana sesungguhnya sejarah tidak pernah mengenal kata-kata terakhir dan akal tidak pernah mengenal penghabisan sama sekali... Tetapi apa yang dikenal hanyalah pembaikan dan usaha yang berterusan... Dan ingatlah, sekali kita gagal dalam hidup atau jua yang kita pernah lakukan ianya tidak bermakna kita akan gagal selamanya... berusaha dan teruskanlah berusaha tanpa pernah kenal erti putus asa... 


    Ingatlah wahai WANITA.... berhati-hatilah dan jauhilah pengaruh pemikiran yang gagal dan tidak berdaya.... Dan juga jauhkan daripada pemikiran yang menyesatkan....


Dah SiNggaH SuDi-sUdiLer KoMeN, TaK PuN PaNdaNg JeK DaH CuKuP..

No comments:

Post a Comment