"NikMatiLah KeHiduPan InI SeLaGi KiTa DiBeRi PeLuAnG UnTuk MeNikMaTinYa... TeTapI, JanGan SeSeKali KiTa LeKa DenGan KeNikMaTaN Itu..." ~Coretan by Lily Balqis

~ menulis sekadar untuk suka-suka.. nasihat dan panduan untuk diri sendiri, jangan sesekali disalah erti.. ~

Thursday, September 29, 2011

NoTa CinTa....


Cinta itu datang tidak diundang... Ianya  datang dan bertandang dalam hati dan cukup membahagiakan... Cinta telah mengajar aku erti gembira, curiga, cemburu, bahagia dan dihargai... Cinta juga membuatkan hari-hari yang kulalui penuh dengan cerita dan kenangan-kenangan yang cukup indah.... Aku bahagia mengenal cinta, lagi-lagi apabila ianya adalah Cinta pertama...

Tapi... itu semua dulu, sebelum aku kecewa dengan Cinta itu... Cinta itu banyak memberi pengajaran buat aku... Cinta itu juga yang membahgiakan aku, kini ianya menjadi satu cinta yang berduri menusuk kejantung ini... Cinta itu yang dulu mengukir senyuman dibibir ini, kini membuatkan kelopak mata ini tidak kering dengan airmata...

Hati ini sering tertanya-tanya... Kenapa Cinta itu tidak pernah faham apa yang aku tanggung selama ini?... Kenapa Cinta itu seperti tidak pernah memahami apa yang terbuku di hati?.... kenapa Cinta itu seolah-olah membuat hati ini seperti sampah, dibuang dan dibiarkan tidak pernah ambil peduli?... Berat sungguh dugaan darimu Cinta....Tidak mengapa Cinta... aku berterima kasih padamu Cinta kerana sudi singgah dan bertahta di hati ini... 


Tapi kini, setelah sekian lama hati ini disakiti... Aku tidak mengerti? Kenapa Cinta itu datang kembali? Adakah dia mahu mengubati kembali hati ini yang pernah disakiti atau ingin menghancurkan ianya kembali untuk kesekian kalinya? aku keliru dengan cinta itu... Aku tidak tahu adakah aku kuat dan tabah untuk melupakan cinta itu... Cuma apa yang mampu aku pasrah dan berserah segalanya pada yang Maha Esa....

P/s : Saja jek tulis nota ni, utk aktifkan blog... xder idea nak tulis entry... so, merepek aje... hahahaha....

Dah SiNggaH SuDi-sUdiLer KoMeN, TaK PuN PaNdaNg JeK DaH CuKuP..

MeMaaFkAn AgAr DiMaaFkAn...


    Memberi maaf kekadang lebih sukar daripada meminta maaf... kita pernah terbaca al-Quran, hadis dan buku-buku ilmiah tentang memaafkan adalah sesuatu yang lebih mulia daripada yang meminta maaf, tetapi memang sukar untuk kita mempraktikkan... memang benar, membaca sahaja tidak akan menjadikan kita insan yang baik, sekiranya ianya tidak dipraktikan dalam kehidupan kita... Dan bila cuba dipraktikan barulah terasa pedihnya.. Mulalah rasa marah tertekan, ego itu terhenyak... Mampukah diri memaafkan? Forgive and forget? Wah, jauh sekali untuk melupakan! sedangkan memaafkan pun amat sukar...
 
    Setelah sekian lama terpisah, kami bertemu semula tanpa diduga... Pertemuan kembali itu telah menimbulkan kembali perselisihan... Tetapi perselisihan itu telah membuatkan kami berbaik kembali dan saling     bermaafan... tetapi hanya dia dan aku yang tahu mendung antara hati kami masih belum reda..
 
    Aku meneruskan hari-hariku seperti biasa... Setiap hari jika ada masa-masa terluang aku teringat akan dirinya kembali... hatiku resah... Jelas aku masih sukar melupakan, atau aku masih belum memaafkan??
 
    Hati ini tergerak untuk mendegar sebuah cd yang baru dibeli yang bertajuk "Pengubat Jiwa". Dan tersentuh dengan bait-bait kata penceramah itu..

"Orang yang tidak memaafkan, akan sentiasa 'diikat' oleh orang yang tidak dimaafkannya. Maafkan, nescaya kau akan terlepas. Kau akan bebas daripada terus mengingatkan kesedihan, kekecewaan dan kemarahan yang dikenakannya ke atasmu. itu sakit. Maafkan, engkau akan sihat, engkau akan bebas!"

   Aku diam dan aku akui... Rupanya aku masih dibelenggu oleh rasa sakit itu. 

"Mengapa sukar memaafkan? Ya kerana engkau ego.. Rasa besar diri... Apa yang menyebabkan sesorang itu ego? kerana engkau tidak rasa kebesaran Allah... Orang yang merasakan kebesaran Allah, akan merasakan yang dirinya sangat kerdil di muka bumi ini..."

    Sekali lagi suara dalam cd itu menusuk hati ku... Aku ego? Ya, jawab suara hati...

"Allah lagikan Pengampun. Dosa demi dosa hamba-Nya diampun segalanya. Bukan sekadar mengampunkan, malah Allah menyayangi pendosa yang bertaubat daripada dosanya."
"Kenapakah kau rasa 'besar'? Kaukah yang berikan dia rezeki? Kaukah yang berikan dia hidayah? Kaukah yang sembuhkan dia daripada segala penyakit? Insaflah, Allah yang berikan dia semuanya. Jika Allah yang begitu besar  jasanya dan maha Agong pun boleh memaafkan, adakah kau layak untuk tidak memaafkan?

    Sekali lagi aku terhenyak dengan kata-kata itu.. Oh, egonya aku....

    "Cuba kita bayangkan kasih sayang Allah.. Kalau sesorang hamba itu berdosa, kemudian bertaubat, kemudian mengulangi lagi dosanya, dan bertaubat lagi, namun Allah masih terus terusan sudi mengampunkannya setiap kali dia bertaubat. Allah tidak pernah berdendam dengan hambanya sama sekali.. Imam al-Ghazali juga pernah berkata, "seorang hamba yang bertaubat, tetapi  kembali berdosa, jangan sekali-kali putus asa untuk bertaubat kembali. Mana tahu Izrail mencabut nyawanya ketika dia sedang bertaubat atau dalam perjalanan menuju satu taubat!"

   Alasan aku untuk tidak memaafkannya kerana kesalahan yang dilakukanya berulang-ulang kali. Ya, sukarnya memaafkan, tapi Allah? Sekali lagi, suara hati menusuk jiwa, siapa besar? Subhanallaah... Sekalipun si hamba datang dengan dosa sepenuh langit dan bumi, sebanyak pasir di pantai dan seluas air di lautan, Allah akan tetap mengampunkan... Sebesar-besar dosa manusia, besar lagi pengampunan Allah.. Malah, keampunan-Nya sentiasa mendahului kemurkaan-Nya... Aduh, kecilnya kesalahan manusia sesama manusia, berbanding dosa manusia dengan yang Esa.. Apakah alasan kita untuk tidak memaafkan? Sedangkan Allah sudi memaafkan walau sebesar mana pun dosa kita, insan yang hina ini...

    Maafkan dosa sesama kita, agar mudah kita berbicara di mahkamah keadilan-Nya... Allah itu Maha Penyayang... suka pada hamba yang penyayang... Allah Maha Pengampun, dan suka pada hambanya yang pemaaf... Maafkanlah agar dimaafkan.... Ya, Allah...... egonya aku selama ini........ 

Dah SiNggaH SuDi-sUdiLer KoMeN, TaK PuN PaNdaNg JeK DaH CuKuP..

Wednesday, September 28, 2011

BoLeh Tido LeNa...

Yahoo!!! boleh tido lena... Hehehe... setelah sekian lama, arini berjaya melihat Arsenal berjaya mengalahkan team lain.. tidak sia-sia berjaga..
Kebelakangan ini Arsenal main dengan begitu teruk sekali... tapi malam ni Arsenal berjaya memperolehi 2 gol menentang Olympiacos...  Agak boleh dibanggakan juga... :)
Kesian team faverot aku... setelah kehilangan player yg bagus seperti Fabregas dan juga Nasri... Tapi xper, Arsenal tetap menjadi team feverot aku, walaupun ketiadaan Febregas.... x kira apa pn yang terjadi... hehehehe...

Come on Arsenal... Keep it up....

Dah SiNggaH SuDi-sUdiLer KoMeN, TaK PuN PaNdaNg JeK DaH CuKuP..

HaTinYa TelaH pErGi...

Bila hatinya telah pergi...
Tidak usah dirayu kembali...
Biarlah hati itu mencari haluannya sendiri...
Mencari yang terbaik untuk mengubat hati....
Sudah cukup hati dilukai....
Sedangkan orang tidak pernah mengerti soalnya hati...
Hanya mampu menunding jari dan selalu disalah erti...

Bila hatinya telah pergi....
Tidak semestinya hatinya sudah mati...
Tapi, hati itu mencari erti,
Erti cinta suci yang telah dikhianati...
Dan hati itu juga tidak pasti....
Jika hati itu telah tertutup adakah ianya akan terbuka kembali....
Menerima kembali apa yang telah khianati.....

Bila hatinya telah pergi...
Jangan pernah ditangisi atau disesali...
Tapi ingatlah kenapa hati itu disakiti....
Mengapa hati itu disakiti.....
Sedangkan hati itu sungguh suci dan ikhlas mencintai...
Biarkanlah hati itu pergi...
Doakanlah yang terbaik untuk hati....





Nota : Saja jek nk update blog... x tau nk update apa.... hehehehehe... :)

Dah SiNggaH SuDi-sUdiLer KoMeN, TaK PuN PaNdaNg JeK DaH CuKuP..

Tuesday, September 6, 2011

GeLagAt Si CoMel-cOmeLku DipAgi Raya.....

Sebelum bergambar dalam studio, mari bergambar di luar studio....


My sweetheart.... nampak macam dh besar sgt anak mama ni.... susah sgt nak snap gambar anak dara ni....


Ni plak my little chubby.... Comey sangat ngan baju melayu siap bersongkok n bersamping.....



Jenuh nak melayan kerenah anak dara ni nak ajak bergambar.... Adoiyaiii....


Bujang dan anak dara pinggitan.... hahahaha....


Masing-masing dah mula kebosanan...... macam-macam gaya ada..... :)



Ini gambar aku, my hubby n my princess..... Warna tema tahun ni grey..... macam x berseri plak amik color ni.... xper, tahun depan amik warna-warna ceria plak..... 

Post kali ni x byk menulis coz xder idea......


Dah SiNggaH SuDi-sUdiLer KoMeN, TaK PuN PaNdaNg JeK DaH CuKuP..

Monday, September 5, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri....

Assalamualaikum... apa kabo sume??? lama x jengah blog ni... windu plak rasenya.... yelah dr bulan puasa hinggalah skrg ni byk benda yg nk kena settle... lagi2 sume benda kita nk kena wat sendiri... dr persiapan puasa hingga persiapan berhari raya.... but now... rasalah lapang skit n everthing dh settle...
Persiapan raya tahun ni teramt simple n ala kadar... everthng aku wat sendiri x upah org... wat kuih raya sendiri, jahit langsir sendiri... mengemas umah sendiri.... masak sendiri... n balang kuih raya pun aku hias sendiri.... sungguh puas hati.... hehehehehe..... cuma baju kurung aku n baju melayu hubby jek aku upah org... coz aku x pandai... kalu pandai mesti aku wat sendiri.... huhuhuhuhu.... (tahun budget ni sebenarnya.. hahahahaha....)
Tema hiasan dalaman umah aku hijau kuning... ok x??? mcm bendera kedah plak.... tp, pe2 pn kombinasi 2 warna yg menarik n ceria skali.... n tema baju raya aku sekeluarga adlh grey... ini berbeza ngan tema hiasan dalaman, utk mengelakan baju sama ngan kain langsir.... hahahahhaa...
Kuih raya yg aku buat, almond landon n conflakes madu... ni dua kuih wajib every year... yg lain2 plak, biskut conflakes ranggup, biskut nestum, tart gulung n tart blueberry... itu jek yg aku sempat buat.... my mum plak buatkan tumpi n maruku.... 2 pn x dpt byk mcm tahun yg lepas, coz thun ni byk plak org order ngan dia... :)
oklah... aku stop dlu kt cni... t ada masa aku ceriter lg.... luv u alls....
Dah SiNggaH SuDi-sUdiLer KoMeN, TaK PuN PaNdaNg JeK DaH CuKuP..

Saturday, July 2, 2011

Selamat Pengantin Baru kpd Tomok n isterinya Ayu......

Ai my beloved readers..dpt juga meluangkan sikit masa nk post something kt blog ni... ^^..   seronok sgt baca cerita mengenai pernikahan Tomok, 27thn & Ayu,32thn pada 1hb.Jun.2011... Wow!! agak teruja gak, 5thn tue beza umur antara mereka berdua.... hehehehe.... dalam hal beza umur antara lelaki dan perempuan, ianya x menjd masalah jika lelaki lebih tua bertahun2 pun daripada perempuan... tp menjd topik agak hangat bila perempuan/isteri lebih tua dari lelaki/suami.... but 4 me, tue sume normallahkan??? xder per2 masalah pun bagi aku.... coz, my hubby pun lebih muda dr aku, but 2thn jek.... hihihiihi... alah sume 2 jodoh Allahkan??? apa yang penting.. masing2 tahu tanggungjawab masing2... serta yang paling penting keserasian antara pasangan tersebut....

Anyway... congratulation to both of them.... semoga berkekalan hingga keakhir hayat n berbahagia selalu... tabah menghadapi bahtera rumahtangga ini bersama..... <3<3<3... ^^


Sama cantik dan sama padan........

~ TOMOK & AYU ~

Dah SiNggaH SuDi-sUdiLer KoMeN, TaK PuN PaNdaNg JeK DaH CuKuP..