"NikMatiLah KeHiduPan InI SeLaGi KiTa DiBeRi PeLuAnG UnTuk MeNikMaTinYa... TeTapI, JanGan SeSeKali KiTa LeKa DenGan KeNikMaTaN Itu..." ~Coretan by Lily Balqis

~ menulis sekadar untuk suka-suka.. nasihat dan panduan untuk diri sendiri, jangan sesekali disalah erti.. ~

Thursday, September 29, 2011

MeMaaFkAn AgAr DiMaaFkAn...


    Memberi maaf kekadang lebih sukar daripada meminta maaf... kita pernah terbaca al-Quran, hadis dan buku-buku ilmiah tentang memaafkan adalah sesuatu yang lebih mulia daripada yang meminta maaf, tetapi memang sukar untuk kita mempraktikkan... memang benar, membaca sahaja tidak akan menjadikan kita insan yang baik, sekiranya ianya tidak dipraktikan dalam kehidupan kita... Dan bila cuba dipraktikan barulah terasa pedihnya.. Mulalah rasa marah tertekan, ego itu terhenyak... Mampukah diri memaafkan? Forgive and forget? Wah, jauh sekali untuk melupakan! sedangkan memaafkan pun amat sukar...
 
    Setelah sekian lama terpisah, kami bertemu semula tanpa diduga... Pertemuan kembali itu telah menimbulkan kembali perselisihan... Tetapi perselisihan itu telah membuatkan kami berbaik kembali dan saling     bermaafan... tetapi hanya dia dan aku yang tahu mendung antara hati kami masih belum reda..
 
    Aku meneruskan hari-hariku seperti biasa... Setiap hari jika ada masa-masa terluang aku teringat akan dirinya kembali... hatiku resah... Jelas aku masih sukar melupakan, atau aku masih belum memaafkan??
 
    Hati ini tergerak untuk mendegar sebuah cd yang baru dibeli yang bertajuk "Pengubat Jiwa". Dan tersentuh dengan bait-bait kata penceramah itu..

"Orang yang tidak memaafkan, akan sentiasa 'diikat' oleh orang yang tidak dimaafkannya. Maafkan, nescaya kau akan terlepas. Kau akan bebas daripada terus mengingatkan kesedihan, kekecewaan dan kemarahan yang dikenakannya ke atasmu. itu sakit. Maafkan, engkau akan sihat, engkau akan bebas!"

   Aku diam dan aku akui... Rupanya aku masih dibelenggu oleh rasa sakit itu. 

"Mengapa sukar memaafkan? Ya kerana engkau ego.. Rasa besar diri... Apa yang menyebabkan sesorang itu ego? kerana engkau tidak rasa kebesaran Allah... Orang yang merasakan kebesaran Allah, akan merasakan yang dirinya sangat kerdil di muka bumi ini..."

    Sekali lagi suara dalam cd itu menusuk hati ku... Aku ego? Ya, jawab suara hati...

"Allah lagikan Pengampun. Dosa demi dosa hamba-Nya diampun segalanya. Bukan sekadar mengampunkan, malah Allah menyayangi pendosa yang bertaubat daripada dosanya."
"Kenapakah kau rasa 'besar'? Kaukah yang berikan dia rezeki? Kaukah yang berikan dia hidayah? Kaukah yang sembuhkan dia daripada segala penyakit? Insaflah, Allah yang berikan dia semuanya. Jika Allah yang begitu besar  jasanya dan maha Agong pun boleh memaafkan, adakah kau layak untuk tidak memaafkan?

    Sekali lagi aku terhenyak dengan kata-kata itu.. Oh, egonya aku....

    "Cuba kita bayangkan kasih sayang Allah.. Kalau sesorang hamba itu berdosa, kemudian bertaubat, kemudian mengulangi lagi dosanya, dan bertaubat lagi, namun Allah masih terus terusan sudi mengampunkannya setiap kali dia bertaubat. Allah tidak pernah berdendam dengan hambanya sama sekali.. Imam al-Ghazali juga pernah berkata, "seorang hamba yang bertaubat, tetapi  kembali berdosa, jangan sekali-kali putus asa untuk bertaubat kembali. Mana tahu Izrail mencabut nyawanya ketika dia sedang bertaubat atau dalam perjalanan menuju satu taubat!"

   Alasan aku untuk tidak memaafkannya kerana kesalahan yang dilakukanya berulang-ulang kali. Ya, sukarnya memaafkan, tapi Allah? Sekali lagi, suara hati menusuk jiwa, siapa besar? Subhanallaah... Sekalipun si hamba datang dengan dosa sepenuh langit dan bumi, sebanyak pasir di pantai dan seluas air di lautan, Allah akan tetap mengampunkan... Sebesar-besar dosa manusia, besar lagi pengampunan Allah.. Malah, keampunan-Nya sentiasa mendahului kemurkaan-Nya... Aduh, kecilnya kesalahan manusia sesama manusia, berbanding dosa manusia dengan yang Esa.. Apakah alasan kita untuk tidak memaafkan? Sedangkan Allah sudi memaafkan walau sebesar mana pun dosa kita, insan yang hina ini...

    Maafkan dosa sesama kita, agar mudah kita berbicara di mahkamah keadilan-Nya... Allah itu Maha Penyayang... suka pada hamba yang penyayang... Allah Maha Pengampun, dan suka pada hambanya yang pemaaf... Maafkanlah agar dimaafkan.... Ya, Allah...... egonya aku selama ini........ 

Dah SiNggaH SuDi-sUdiLer KoMeN, TaK PuN PaNdaNg JeK DaH CuKuP..

No comments:

Post a Comment