"NikMatiLah KeHiduPan InI SeLaGi KiTa DiBeRi PeLuAnG UnTuk MeNikMaTinYa... TeTapI, JanGan SeSeKali KiTa LeKa DenGan KeNikMaTaN Itu..." ~Coretan by Lily Balqis

~ menulis sekadar untuk suka-suka.. nasihat dan panduan untuk diri sendiri, jangan sesekali disalah erti.. ~

Friday, December 31, 2010

SELAMAT TINGGAL 2010....

Sedar x sedar dh nk berakhir sudah tahun 2010 ni.. hanya tinggal menghitung saat n ketika hendak melabuhkan tirai thn 2010 ini, dan menanti terbitnya tahun 2011... Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua kawan2.....


Bila terfikirkan nk berakhirnya tahun 2010 ni, hurm.. byk rasanya yg x tercapai pd tahun ini, dan byk juga perkara yg tertangguh pd thun ini... Begitu juga byk perkara yg baik dan buruk berlaku dlm hidup aku pada tahun ini.... Tapi aku bersyukur kerana masih diberi peluang tuk menikmati segala kenikmatan yg diberi oleh-Nya pada tahun 2010 ini.... Sampai bila kenikmatan itu dpt aku kecapi, aku pn x tau, hanya Dia yg mengetahui segala-gala dan aku sebagai hamba hanya mampu berdoa dan terus berdoa memohon kepada-Nya...

Kenangan-kenangan manis  yg x akan dilupakan pd tahun 2010..... Rasanya byk sungguh kenangan2 manis dlnm tahun 2010... jd aku fokus pd yg penting2 ajalah ye... he3... 


Gambor x bleh blah.... ha3... dh berapa lama Wet World, Batu Pahat dibuka, pd tahun 2010 nilah baru 1st time aku menjejakkan kaki kt c2....  Seronok sgt si kecik ni dapat mandi kolam... sampai x ingat nk balik...


Majlis perkahwinan adik lelakiku Mohd Taufiq & Nor Adilah pada 1hb Mei 2010 dirumah pihak perempuan.... 


1st time in my life dpt melihat ank2 penyu ini dilepaskan... adooiyai... jakun giler... tp ank2 penyu itu sgt cute okey....


Hari keluarga My Hubby di Ismah Beach Resort, Pantai Klebang Melaka... Best n enjoy sgt masa ni... Lupa seketika segala masalah pd masa tu... Suasana kt situ sgt mendamaikan wokey... terasa spt nk tinggal lama kt c2, tp apakan daya.... kena blik gak... sobsobsob....


Tournament bowling di Mahkota Prade... hanya berjaya menduduki tempat ke-4.. tapi oklah n tahniah kepada 2 org player team merah yg di import... he3...


Seminar di KLCC, anjuran 1nita yg dirasmikan oleh Datin Rosmah Mansur..... dan rasa bersyukur sgt menjd usahawan siswazah di bwh bimbingan YB Dato' Noraini Ahmad, Ahli Parlimen Parit Sulong.......
Aku mengharapkan projek 2010 itu akan di bawa terus ke tahun 2011 ... Semoga Allah permudahkan segalanya... Alhamdullillah, syukur yg amat sgt...

Selain kenangan2 manis, tidak kurang jugak dgn kenangan2 pahit yg menimpa hidup aku......


Pemergian ibu mertuaku, Allahyarhamah Hajah Sajah Binti Saribi pada 9hb Oktober 2010.... semua dalam kenangan....
dan juga permergian ibu tiriku...


Allahyarhamah Zaimas binti Hashim pada 10hb November 2010.... Aku hanya berdoa semoga roh mereka berdua dicucuri rahmat dan dimasukan dlm golongan org2 yg beriman... Al-fatihah......

Rasanya byk lg kenangan2 pahit yg berlaku pd thn 2010, yg x dpt aku mentionkan disini,,, biarlah ianya mnjd lipatan sejarah dalam hidup aku, tak moh dh bukak lg buku sejarah 2... apa yg aku tahu, segala yg sudah berlalu biarlah ianya berlalu, tiada apa lg yg hendak dikenang n tiada apa lg yg hendak diingatkan... Sekarang apa yg aku tahu, buka buku baru dan kejar segala apa yg aku impikan... itu yg paling penting, semoga aku dpt memajukan diri dan membahagiakan seluruh keluarga aku... biarlah org nk fikir apa tentang aku....
selagi byk kita fikirkan org, selagi itu byk benda yg org akan timbulkan.... terpulanglah pada mereka.... KEPADA KENGKAWAN DAN SESIAPA SHJ YG MENGENALI DIRI INI, JIKA AKU ADA MELAKUKAN SEGALA SILAP DAN SALAH, HANYA KEMAAFAN YG AKU PINTA.... SESUNGGUHNYA, HATI INI X PERNAH MENYIMPAN SEBARANG DENDAM DAN AKU JG TELAH MEMAAFKAN SEGALA KESALAHAN KAMU... SESUNGGUHNYA, KITA SEBAGAI MANUSIA BIASA DAN HAMBANYA TIADA YG  SEMPURNA SERTA TIDAK PERNAH TERLEPAS DARI MELAKUKAN KESILAPAN.... APA YG PASTI, SEGALA APA YG BAIK AKAN AKU JDKAN TAULADAN DAN APA YG BURUK AKAN AKU JDKAN SEMPADAN.... SEGALA KESILAPAN YG TELAH AKU LAKUKAN, MNJDIKAN AKU SORANG YG LEBIH MATANG DAN SEGALA PENGALAMAN ITU MENGAJAR AKU ERTI KEHIDUPAN.....

Sekian.... Salam sayang untuk semua n Selamat Tahun Baru 2011 & 2010 dalam kenangan....


Dah SiNggaH SuDi-sUdiLer KoMeN, TaK PuN PaNdaNg JeK DaH CuKuP..

No comments:

Post a Comment